WANITA yang hebat adalah
wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki
untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan
untuk menjadi seorang isteri tapi juga sebagai kawan bahkan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.
Sesungguhnya bagi KEJAYAAN seorang lelaki, berdiri di belakangnya
adalah seorang isteri yang hebat dan berjayanya seorang anak, berdiri di
belakangnya adalah seorang ibu yang hebat. Semoga apa yang akan
dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada diri anda dan menjadi 'kayu
pengukur' dalam keperibadian akhlak diri, insyaAllah.
(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥`ღʚįɞ✿ღ`·.·´♥
●/
/▌
/ \ Ciri-ciri wanita yang menjadi IDAMAN lelaki ialah:~
1. ღʚįɞ✿ღBERPEGANG Kepada Agamaღʚįɞ✿ღ
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.
Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya
mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh
lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan
wanita sebegini.
2. ღʚįɞ✿ღKECANTIKAN Dalamanღʚįɞ✿ღ
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi
mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari
oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali MENJUAL
maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan
sesekali tunduk pada NAFSU atau berbuat sesuatu semata-mata kerana
mahukan harta dan kekayaan.
3. ღʚįɞ✿ღMANJAღʚįɞ✿ღ
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya
lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat
manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan
menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. ღʚįɞ✿ღPandai MENJAGA Kecantikanღʚįɞ✿ღ
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya.
Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan
bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara
fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana
ia akan membuat mereka bangga.
5. ღʚįɞ✿ღBERAKHLAK Muliaღʚįɞ✿ღ
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah.
Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.
Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. ღʚįɞ✿ღTidak pernah sesekali MEMPAMERKAN Keseksianღʚįɞ✿ღ
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka
menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi
barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. ღʚįɞ✿ღTidak CEREWETღʚįɞ✿ღ
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita
yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu
dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang
tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. ღʚįɞ✿ღMEMAHAMI Lelakiღʚįɞ✿ღ
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup
kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam
keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah
dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau
memberi kekuatan.
9. ღʚįɞ✿ღSEJUK Mata Memandangღʚįɞ✿ღ
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan
perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti
di bawah ini:~
* Bersopan santun
* Sentiasa memaniskan wajah
* Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
* Menutup aurat
* Ramah dan mesra
* Tidak terlalu cemburu
* Menghormati orang lain
* Sentiasa MEMBAHAGIAkan tatkala dipandang
Baiklah sahabat2 terchinta,
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi IDAMAN lelaki. Jadikan tips yang
terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba
menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan
dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini.
Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan
memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu
wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah
Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat "saling
memaafi" antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata
dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan
kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri
untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan
kesempurnaan itu hanya MILIK sang Penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA,
yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan
dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri kita
yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua.
Sabda Rasulullah
S.A.W yg bermaksud; “Sebaik-baik kalian adalah orang yg baik terhadap
keluarganya, dan saya adalah orang yg paling baik pada keluargaku,
tidaklah menghormati pada wanita kecuali org yang mulia dan tidaklah
menghinakannya kecuali orang yang tercela.”
*** wallahu alam bishawab***